SINGAPURA: Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis, lapor Straits Times (ST).
Tertuduh Muhammad Nabil Rashid, 34, yang merupakan warga Singapura pada 31 Jan lepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain.
Muhammad Nabil mengaku dia melakukan kesalahan itu kerana beranggapan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, telah mencabul saudara wanitanya.
Terdahulu, tertuduh telah direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.
Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac 2023 kerana "terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya".
Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
Pada 12 Mac 2023, pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive iaitu suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan belantan.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 bermula 10 Mac di Hall 5A Singapore Expo apabila insiden itu tercetus di penghujung acara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 bermula 10 Mac di Hall 5A Singapore Expo apabila insiden itu tercetus. - Gambar fail
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.